HALAMAN

Ahad, 27 November 2011

Pepatah



*     Pepatah  ialah  peribahasa  yang  berangkap  dan  terdapat  pengulangan  kata            di  dalamnya.
*      Pepatah  digunakan  untuk  menyatakan  penegasan, falsafah, atau  pengajaran  yang   hendak  disampaikan.
*      Contoh   pepatah  dan  maksudnya.
1.       Ada  padi, semua kerja jadi;ada beras semua kerja deras. Maksud : Bagi  orang  yang  mampu , semua maksud mudah tercapai.
2.      Di mana  bumi dipijak, di situ langit  dijunjung. Maksud : Hendaklah  kita  menurut  adat  dan  aturan di tempat  yang  kita  diami.
3.      Harapkan  guruh di langit, air  tempayan  dicurahkan. Maksud: Kerana  mengharapkan  keuntungan  yang  belum  pasti, keuntungan  kecil  yang  sudah pasti  dilepaskan.
4.       Ikut  hati mati, ikut rasa binasa. Maksud : Orang  yang  mengikut  hawa  nafsu  akan  musnah  akhirnya.
5.      Lembu punya  susu, sapi  dapat  nama. Maksud : Orang lain  yang berusaha, orang  lain  yang  mendapat  pujian.   

Perumpamaan

  • Perumpamaan  ialah  susunan  kata - kata yang  indah, ringkas, dan  kemas  serta  mempunyai  maksud  yang  tersirat.
  • Biasanya perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama.
  • Contoh perumpamaan dan maksudnya.
  1. Bagai dihiris dengan sembilu  maksudnya  pedih sekali.
  2. Bagai isi  dengan  kuku maksudnya  sangat  karib.   
  3. Seperti cincin  dengan  permata  maksudnya   jodoh  yang  sesuai benar.
  4. Bagai  murai  tercabut  ekor   maksudnya   Orang  yang  suka  bercakap  banyak.
  5. Bagai  kacang melupakan kulit   maksudnya  Orang  yang  tidak tahu mengenang  budi.
  6. Seperti  rusa  masuk  kampung    maksudnya  tercengang - cengang kehairanan.
  7. Laksana  burung diam dalam sangkar    maksudnya  Orang  yang  terikat  hidupnya.
  8. Ibarat  burung, mata lepas  badan terikat  maksudnya  tidak  ada kemerdekaan.   

Khamis, 13 Oktober 2011

Pepatah

video

Bahasa Jiwa Bangsa

Secebis Bicara.


Bahasa  melambang bangsa.Begitu indah dan tersusun bahasa membuktikan kesantunan bangsa itu. Sebagai manusia ,bahasa merupakan satu perkara penting untuk kita berhubung antara satu sama lain. 


Yang Kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang molek  itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Padi segemal kepuk di hulu,
Sirih di hilir merakap junjungan,
kepalang  duduk menuntut ilmu,
Pasir sebutir jadikan intan.

Bahasa  Melayu  memperlihatkan   beberapa keunikan dan keindahan dalam penggunaannya.